Azwa Safrina Couture's Fan Box

Saturday, January 30, 2010

PAKEJ 2010

Pakej baru untuk 2010 akan di 'annouce' dalam masa terdekat ini..
Harga pakej adalah untuk tempahan baru termasuk
fabrik(kain), kasut, make-up in-house/make-up artist.

Bagi mereka yg ingin bertudung, 'special price' akan diberi.
Yang pasti tudung tu pun akan nampak 'glamer' sama mcm bajunya...
;)
(harga tudung tidak termasuk dalam pakej)

Tapi jgn risau sebab kami sediakan banyak pakej yg boleh anda pilih
mengikut budget anda...

Selain untuk pengantin, kami juga menerima tempahan untuk lain-lain majlis...
Untuk dapatkan butiran terperinci lagi, call aje..

Friday, January 29, 2010

Kepenatan

Memulakan hari ni, Sabtu,30.01.2010, dengan membuat rutin harian di rumah seawal jam 6pagi... Jam 9pagi sudah berada di workshop mengemas segala yg patut, menyusun barang2 keperluan student yg mengambil kelas belajar menjahit dengan kami DAN meyusun jadual untuk student yg baru mendaftar... Nampak macam rilex je kerjanya tapi penat jugak sebab kena perah otak extra sikit... Mmmm... tapi kite xle nak complaint coz hati rasa puas... Bila hati rasa puas atas segala usaha dan keringat sendiri dicurahkan untuk AZWA SAFRINA COUTURE, maka secara automaticnya segala kepenatan dan kepayahan yang dilalui terus dilupai begitu aje... hehehhe bunyi mcm drama sket tapi tu lah citer sebenarnya yg kiter sendiri lalui.. ;p


NADIA

Percubaan Pertamaku...

Akhirnya berjaya jugak Nadia menggunakan steam-press ni...
Orang pertama merasmikannya... huhuhuhu...
Baju sendiri menjadi bahan testing...
Lepas ni dah boleh buat design advance sket untuk tatapan
dan reference semua org.. heheheh

JOM MENG'HOT-FIX' BAJU...

Kalau nak make-over baju lama pun boleh. Ye la, mesti ada baju favourite yang kite sayang nak buang atau bagi orang lain kan??... So, make-over aje lah... bagi cantik balik...

Sure boleh...
Kalau yg simple mcm ni, keliling leher(batu biasa) cuma RM5 SAHAJA...
Leher dan tangan(batu biasa) RM18-RM25

Thursday, January 28, 2010

UPDATE : KELAS JAHITAN 2010

Tempat : D - 303, Apartment Sri Wira,
Jalan UP 2, Ukay Perdana,
68000 Ampang, Selangor.

Tempoh : 12 jam

Masa : boleh pilih mana2 sesi
a) 10 am - 1pm : Isnin hingga Ahad ( 3 jam)
b) 2pm - 5pm : Isnin hingga Khamis ( 3 jam)

Yuran: RM200 ( semua bahan disediakan ... cuma datang bawa badan jer )

Sijil kehadiran diberi

Buat masa ni hanya:

1. Baju kurung traditional & kain susun
2. Baju kurung pesak gantung & Kain selisih depan belah atau tidak
3. Baju kurung riau/ pahang & kain kipas / duyung (kain pilih mana2 satu)



Paten yg lain2 akan saya update sebab tak sempat lagi nak prepare nota. Insyaallah bila dah siap saya akan inform.

Nota: diberi

Silibus Jahitan:
1. Mengambil ukuran.
2. Melakar dasar
3. Memotong kain
4. Menjahit n mencantum baju hingga siap


disamping itu saya akan bagi tips jahitan, ni berdasarkan pengalaman saya sendiri ....

Peralatan: disediakan

Antara yg saya bagi n boleh bawa balik, jadi hak milik pelajar:

1. Kain cotton
2. gunting benang/snipper
3. pita pengukur
4. kapur
5. benang
6. jarum peniti
7. penetas benang
8. Kain Solena (pengeras) 1 meter
9. Getah pinggang 1 meter
10. Kain keras pinggang 1 meter
11.cangkuk kain
12. Padding bahu sepasang
13. Benang
14. Butang baju

Maximum 3 org per sesi ..

Untuk tujuan pendaftaran, deposit RM50 diperlukan bagi booking tempat n tarikh.

Jika nak cancel, kena bagi notis 3 hari awal yer .... last minute cancellation tidak dibenarkan sebab nanti akan menyusahkan org lain yg nak booking tempat dan deposit tidak akan dikembalikan.

Segala pertanyaan n pendaftaran sila hubungi:

Nadia : 013-6040448

Wednesday, January 27, 2010

PERKEMBANGAN TERKINI KAMI

Maaf kerana agak lama menyepi dan tak update perkembangan kami..
Masa agak terhad untuk mengadap lappy ni, apatah lagi
memang sibuk dengan tempahan baju pengantin, pakaian kanak2 utk majlis,
bunga pahar, bunga telur, kelas jahitan dan Free facial class from
Mary Kay's Skincare & Cosmetics.
Silalah menjamu mata dengan gambar2 di 'workshop' kami.

Andaikata ada sebarang pertanyaan, usah segan untuk tel bertanya...
Kalau segan jugak, email pun takpe...;)

013-6040448
012-6198414
asc_mgmt@yahoo.com

Saturday, January 2, 2010

MAJALAH WANITA JANUARI 2010

Terbaru ... dlm Majalah Wanita Bulan Januari 2010

Segmen Jejari Emas .... Idea bunga telur dari Azwa Safrina Couture ..

Gambar nanti saya upload sebab belum ada masa yang mencukupi

nak mengadap lappy lama2.. ;)